Jasa mu terlalu besar,
jasa mu tidak terbalas,
jasa mu tidak terhingga,
jasa mu terlukis indah di syurga.
MAMA
Engkau menangis kerana ku,
engkau menderita kerana ku,
engkau hampa kerana ku,
engkau korbankn segalanya untuk ku,
Semoga aku mampu untuk mmbahagiakan mu.
MAMA
Saat aku terjatuh engkau hulurkan tangan mu,
saat aku gembira kau tersenyum bersama ku,
saat aku terluka engkau tenangkan ku,
saat aku hilang kawarasan engkau sedarkan ku.
Terima kasih mama
MAMA
Hanya doa yang bisa aku persembahkan buat mu atas segala jasa-jasa mu
yang terlalu hebat buat ku.
MAMA
04-NOV-2011
~... SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN...~
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI KEHIDUPAN MU
DI DUNIA & AKHIRAT
SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH.
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA.
SEMOGA AKU DIBERI PELUANG MEMBAHAGIAKAN MU AMINN..